Monday 24 June 2013

Cantik Itu Subjektif


Assalamualaikum.

Cantik? Cantik tu macam mana ye?
Cantik itu bersifat subjektif dan sering berubah-ubah.
Boleh ditafsirkan dengan banyak perkara atau benda.
Dari segi percakapan yang baik dan sopan pun boleh dianggap cantik.
Baik budi pekerti, manis tutur kata, dan indahnya akhlak dan sahsiah.

Kecantikan wanita yang solehah (isteri) terletak pada 4 perkara iaitu :
# Agamanya
# Keturunannya
# Hartanya
# Kecantikannya

Ramai yang menganggap hanya kecantikan paras rupa itu jaminan seseorang itu untuk hidup bahagia kan? Tidak sama sekali ye. :)
Tapi yang sebenarnya agama lah jaminan yang kekal selamanya. Betul tak?
Jangan kita lupa secantik-cantik ciptaan yang sempurna hanya Dia Yang Maha Berkuasa.
Cantik hatinya, maka cantiklah dirinya. (dah macam strawberi dalam pinggan tue..haha..)




At last but not least, 
" Beauty Make Your High Confident About Yourself " (biasa lah orang pompuan, memang macam tue..tak sah kalau cakap tak cantik..pantang kot..haha..)
Sayangilah hidup kita, hargailah sebaiknya, syukurilah apa yang kita ada, dan hiasilah kecantikan dengan senyuman. 
Bak kata Doktor Muhaya, "Sentiasalah refleksi diri, berfikiran positif kerana apa yang kita fikirkan maka itulah yang akan kita lakukan dalam hidup kita, sentiasalah memaafkan diri sendiri dan orang lain maka hidup kita akan ceria dan bahagia." Disitu lah terletak cantik yang kita cari..wallahua'lam.. :)



P/S : Hari nie post semua tentang 'cantik' then 'sweet' bagai..hahaha..sebab memang aku suka bentuk-bentuk LOVE..merah, pink, peach oren lebih kurang sama lah tu kan..semua cute..comel..geram I dibuatnya..hehe..okeyy lah setakat nie je dulu, jam pun dah pukul 4.13 pagi..mata nie tak mengantuk pun..terus jelah aku bersahur..sebab nak puasa.. Alhamdulillah..okeyy bye-bye semuaaaa..nanti kita ber'belogging lagi yaaaa~ wohaaa HATI BERBUNGA-BUNGA...




Friday 21 June 2013

Aku Insan Biasa


Assalamualaikum.

Aku..


Insan.. 


Biasa.. 


Dalam hidup kita, kita bergantung pada takdir, qada dan qadar.
Dalam hidup kita, tidak semua benda yang kita minta akan dapat.

Semua perkara mengikut aturan dan ketentuan dariNya.
Semua perkara tidak akan berlaku mengikut kehendak kita.

Hidup bersyukur adalah kehidupan yang disukai oleh ALLAH.
Hidup dengan penuh keikhlasan menjadikan kita insan yang tinggi darjatnya disisi ALLAH.

Aku insan biasa yang selalu buat silap dan dosa, dan inginkan panduan hidup dariNya.
Aku insan biasa yang hanya berharap segala doa-doaku dimakbulkan olehNya.

Dan satu permintaanku Ya ALLAH..ampunilah segala dosa-dosaku..redhailah kehidupanku.
Dan aku berjanji, ibadahku, diriku, hidupku matiku hanya keranaMu Ya ALLAH.

Aku. Insan. Biasa ~
'StrawberryCinta' rasa macam bagi nukilan atau sajak jer.. hihihi.. ^_^



Allah Knows Whats Best For Us~



Wednesday 19 June 2013

Experient Make Perfect !


Assalamualaikum.



Hello-holla my blog 'StrawberryCinta'.. :D
How's your day? Okey.. ;) 

Hari nie, teringin pulak nak cerita pasal 'my beloved family'..
First of all, nak story apa ek..ermmm, sebenarnya sebelum berpindah ke Johor Bahru, aku tinggal di Sabah. Sabah satu-satunya tempat aku membesar. Dari aku umur 7 tahun sampai 17 tahun tinggal di Sabah. Means, 10 years kat sana. Memang seronok tinggal kat sana. Sekolah pun best. Tempat tinggal pun selesa. Jiran semua baik-baik biarpun bukan orang Melayu. Berbeza-beza kaum. :)
Aku pulak dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 duduk asrama. Semua aku belajar di asrama. Family datang melawat 2 minggu sekali. Sekali datang 'outing' lah kan, apa lagi.. Tanjung Aru mariiiii ~ hehehe..
Pengalaman asrama memang seronok. Lagi banyak tanggungjawab bila dilantik jadi pengawas sekolah (MPP). Banyak stress jugak. Mana lagi nak buat 'preparation' untuk SPM. 2 tahun untuk hadap SPM. Tapi alhamdulillah, semua okey..semua berjalan mengikut aturanNya..Walaupun aku tinggal asrama, mak ayah aku tak kan sesekali aku lupa. Sebab mereka lah tulang belakang aku waktu sekolah. Tanpa mereka aku bukan siapa-siapa. Yang paling best, kawan-kawan semua baik-baik, sporting habis, cuma mula-mula tu dorang tak selesa sangat dengan aku. Tapi aku sendiri yang pelahan-pelahan kenal dorang. Lagi bertambah riuh-rendah 'ASPURI SEMAI'. Bila dorang dah kenal aku betul-betul, baru lah..dah macam adik-beradik. hahahaha ~ Terbaik~

| Kata-kata Mutiara |


Ketika usahamu dinilai tidak penting sama sekali, maka saat itu kamu sedang belajar tentang keikhlasan..

Ketika hatimu terluka yang sangat dalam, maka saat itu kamu sedang belajar tentang kemaafan..

Ketika kamu lelah dan kecewa, maka saat itu kamu sedang belajar tentang kesungguhan..

Ketika kamu merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kamu sedang belajar tentang keteguhan..

Ketika kamu harus mengeluarkan harta yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung, maka saat itu kamu sedang belajar tentang kemurahan hati..

Tetap semangat !

Tetap sabar !

Tetap tersenyum !

Kerana kamu sedang menimba ilmu kehidupan !


"ALLAH menetapkan di “tempatmu” yang sekarang, bukan kerana “kebetulan”. Orang yang iman yang hebat tidak dididik melalui kemudahan, kesenangan, dan kegembiraan. Mereka di bentuk melalui kesukaran, tentangan & air mata." 

Itu lah kata-kata "StrawberryCinta" untuk hari nie..nanti kita continue back okeyy.. bye2 you all ~




strawberry girl always succeed~

Tuesday 18 June 2013

19 June 2013

Assalamualaikum..

Hai semua,
Hari nie memang seronok. bangun pagi terus main-main dengan 'my new kittens'. ada 4 ekor okey. bulat-bulat semua ! kalau ikutkan nak keluar, tapi malas pulak. sooo, jadi terperap lah dalam rumah dan 'room sweet room' nie. ;)

Lepas siap kemas rumah, mop lantai, basuh baju, dan cuci pinggan baru lah 'awesome' kan nak 'rest and relax'. anak kucing semua tidur dalam sangkar. berpusing-pusing. hahahah. lucu~ banyak-banyak benda yang aku buat hari nie weChat dan Instagram. best ! best ! best ! ;)

Setiap hari Isnin dan Khamis memang akan buat puasa sunat. dah nak bulan Ramadhan pun, sekarang bulan Syaaban. bila nak berbuka puasa 'terliur' dan 'tercabar' keimanan. huhuhu. sabar3~ malam pulak layan cerita kegemaran dan 'youtube' (sebenarnya saya isteri dia) hahahaha. ketawa habisssssss~

StrawberryCinta mengucapkan selamat berehat dan rilek lah~ tyme to play with my kittens.. meowww~

macam anak-anak kucing aku~

" FriendsNeverEnd "


Assalamualaikum.
Sahabat mencerminkan peribadi seseorang. Manakala sahabat juga menjadi 'cover photo' bagi seorang individu. Sahabat yang baik sangat sempurna di mata sahabat sejatinya. Baik atau buruk tetap diambil berat. Perkara yang buruk ditinggalkan, dan perkara baik diamalkan.. ewahh2~ ;)

Sekadar perkongsian, pendedahan dan wadah untuk 'sahabat sejati'... (hati gembira pagi2 Rabu)

Bukan mudah untuk memiliki seorang sahabat yang benar-benar setia dan memahami. Maklumlah, dalam dunia ini bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan. Andai tersalah pilih, merana lah diri kerana sahabat membawa pengaruh besar dalam kehidupan kita. Terdapat beberapa TIPS SAHABAT yang boleh diamalkan :

| Pertama |

Boleh berkongsi apa saja masalah dan pengalaman..
Bila dengan kita macam adik beradik. Tiada rahsia. Senang nak meluahkan apa yang terpendam. Best !

| Kedua |

Sahabat yang sangat memahami..
Nakal mana kita sekali pun, sahabat itu tetap memahami. Ibarat macam kakak dan adik. Yang baik diberi teladan dan yang buruk jadi sempadan. Sweet !

| Ketiga |

Profesional dalam segala hal..
Bersikap matang lah. Selain titu, berfikiran jauh ke hadapan. Dan kadang-kadang boleh juga berfikiran 'OUT OF THE BOX'. Good !

| Keempat |

Jujur ketika berbicara..
Kalau cakap pulak, sejuk telinga mendengar. Macam rasa nak menyanyi punya 'feeling'. Jujur amat penting sebab tanpa kejujuran tak kan lahir keikhlasan. Faith !


By the way, setakat itu saja lah untuk ruangan " FriendNeverEnd " ;)
" Cincin itu lambang keimanan, Jari itu lambang ketakwaan, Demi martabatkan muslimah pilihan, Perteguhkan cinta kerana ALLAH Taala. "

good relationship begin with SMILE~



Sweet. Pretty. Adorable


just a dream strawberry girl~


:: Malam nie memang aku tak boleh tidur..sebab petang tadi banyak tidur agaknya..banyak kali online fb, instagram, weChat, kakao talk, dan movie buat aku leka..soooo, tengah2 malam nie 'hapdate blog' lah pulak..hahahahaha :D best ! unbored ! kalau korang nak tahu, aku dapat anak kucing lagi..memang main2 dengan dia lah tadi sampai tak nak tidur. Cute ! Gebu ! ::

Al-Kisah Bulan Dan Bintang

" Bulan Dan Bintang Saling Melengkapi "


Terangnya cahaya bulan diwaktu malam, menambah seri dengan kehadiran bintang
Kecantikan bulan di langit biru menceriakan seluruh alam semesta dan bintang turut tercipta

Seluruh alam semesta diterangi dengan cahaya bulan yang mempersona
Malah bintang turut memantulkan cahaya demi mencantikkan dunia

Kehebatan dan kebijaksaan Sang Pencipta langit dan bumi membuatkan bulan dan bintang sentiasa mengiringi di kala malam mendatang


Cahaya bulan dan bintang menjadi paksi kesenangan terhadap penduduk langit dan bumi untuk meneruskan perjalanan kehidupan

Adakalanya hujan membasahi bumi, hilanglah keceriaan di langit dan bumi kerana awam hitam menutupi
Puas penduduk bumi mencari bulan dan bintang di waktu malam tetapi Sang Pencipta menghadiahkan pelangi di waktu siang

INDAHNYA HIDUP BERTUHAN~ SUBHANALLAH..



                           

Simple. Cute. Awesome

~ Alam percintaan memang menakjubkan. Mencintai dan dicintai memberi nikmat dalam kepayahan. Kesenangan hati dan ketengangan jiwa dari cinta suci yang disulami dengan kesetiaan. Sungguhpun bukan indah selama adanya percintaan, namun alam ini selalu hadir dengan harapan. Meskipun tetap merelakan kenyataan hidup bercinta ialah gula yang meracuni, tapi manusia tetap mahukan merasai nikmat dicintai ~

~ Tidak dilupakan tentang strawberi dan cinta. Sering kali ia memerlukan satu sama lain. Kemanisan buah dapat dinikmati dengan lazatnya rasa, dan kemanisan cinta dapat dirasai dengan kesetiaan sekeping hati ~

Simple. Cute. Awesome!

i loike to eat strawberry~


Manisnya Strawberi VS Cinta


# Strawberi VS Cinta #
"Kekuatan strawberi terletak pada rasa dan warnanya, dan kekuatan cinta terletak pada keikhlasan hati dan perasaan seseorang."

Cinta boleh dispesifikasikan sebagai merahnya hati. Diibaratkan juga seperti merahnya strawberi. Sebab itu dipanggil sebagai 'StrawberryCinta'..Tidak lupa jugak, saya memang suka makan strawberi..yummy2~


Menarik kan..?? Tentang cinta dan strawberi..banyak persamaan..

Strawberi bila dimakan cukup ranum rasanya. Cinta pula bila dirasai sangat indah dan manis.

Kadang-kadang rasa strawberi masam, kadang-kadang manis, banyak keistimewaan dan kelainan..sweet kan ciptaan Sang Pencipta. Sangat hebat ciptaanNya. Kita tiada tandinganNya~

Cinta pula, banyak jenis dan ragam..kejap-kejap 'sweet', kejap-kejap 'bitter', ada jugak yang sama macam strawberi. Manis dimakan, cantik dipandang, memikat lah orang cakap. Kalau luaran dan dalaman cantik memang sedap dimakan. Begitu juga dengan keikhlasan cinta, sucinya cinta seperti agungnya cinta dengan Sang Pencipta dan sesama manusia.

Just imagine..strawberry and you become ONE..AWESOME..i loike to eat strawberry~

Bak kata Yana Syamsudin : "Stelobelly Cinta" same goes to "Strawberry Cinta" ;)



Strawberry dan Cinta


Strawberry dan cinta.
Memang ada persamaan.

Rasa stawberry masam-masam manis.

Rasa cinta pun masam-masam manis.

Cinta pada tuhan.

Cinta pada insan.

Bukan cinta jika manis sentiasa.


Sebab tulah strawberry dan cinta sama.

Saya suka strawberry. ;)



like my strawberry heart~