Wednesday, 19 June 2013

Experient Make Perfect !


Assalamualaikum.



Hello-holla my blog 'StrawberryCinta'.. :D
How's your day? Okey.. ;) 

Hari nie, teringin pulak nak cerita pasal 'my beloved family'..
First of all, nak story apa ek..ermmm, sebenarnya sebelum berpindah ke Johor Bahru, aku tinggal di Sabah. Sabah satu-satunya tempat aku membesar. Dari aku umur 7 tahun sampai 17 tahun tinggal di Sabah. Means, 10 years kat sana. Memang seronok tinggal kat sana. Sekolah pun best. Tempat tinggal pun selesa. Jiran semua baik-baik biarpun bukan orang Melayu. Berbeza-beza kaum. :)
Aku pulak dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 duduk asrama. Semua aku belajar di asrama. Family datang melawat 2 minggu sekali. Sekali datang 'outing' lah kan, apa lagi.. Tanjung Aru mariiiii ~ hehehe..
Pengalaman asrama memang seronok. Lagi banyak tanggungjawab bila dilantik jadi pengawas sekolah (MPP). Banyak stress jugak. Mana lagi nak buat 'preparation' untuk SPM. 2 tahun untuk hadap SPM. Tapi alhamdulillah, semua okey..semua berjalan mengikut aturanNya..Walaupun aku tinggal asrama, mak ayah aku tak kan sesekali aku lupa. Sebab mereka lah tulang belakang aku waktu sekolah. Tanpa mereka aku bukan siapa-siapa. Yang paling best, kawan-kawan semua baik-baik, sporting habis, cuma mula-mula tu dorang tak selesa sangat dengan aku. Tapi aku sendiri yang pelahan-pelahan kenal dorang. Lagi bertambah riuh-rendah 'ASPURI SEMAI'. Bila dorang dah kenal aku betul-betul, baru lah..dah macam adik-beradik. hahahaha ~ Terbaik~

| Kata-kata Mutiara |


Ketika usahamu dinilai tidak penting sama sekali, maka saat itu kamu sedang belajar tentang keikhlasan..

Ketika hatimu terluka yang sangat dalam, maka saat itu kamu sedang belajar tentang kemaafan..

Ketika kamu lelah dan kecewa, maka saat itu kamu sedang belajar tentang kesungguhan..

Ketika kamu merasa sepi dan sendiri, maka saat itu kamu sedang belajar tentang keteguhan..

Ketika kamu harus mengeluarkan harta yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung, maka saat itu kamu sedang belajar tentang kemurahan hati..

Tetap semangat !

Tetap sabar !

Tetap tersenyum !

Kerana kamu sedang menimba ilmu kehidupan !


"ALLAH menetapkan di “tempatmu” yang sekarang, bukan kerana “kebetulan”. Orang yang iman yang hebat tidak dididik melalui kemudahan, kesenangan, dan kegembiraan. Mereka di bentuk melalui kesukaran, tentangan & air mata." 

Itu lah kata-kata "StrawberryCinta" untuk hari nie..nanti kita continue back okeyy.. bye2 you all ~




strawberry girl always succeed~

0 comments:

Post a Comment