Monday, 24 June 2013

Cantik Itu Subjektif


Assalamualaikum.

Cantik? Cantik tu macam mana ye?
Cantik itu bersifat subjektif dan sering berubah-ubah.
Boleh ditafsirkan dengan banyak perkara atau benda.
Dari segi percakapan yang baik dan sopan pun boleh dianggap cantik.
Baik budi pekerti, manis tutur kata, dan indahnya akhlak dan sahsiah.

Kecantikan wanita yang solehah (isteri) terletak pada 4 perkara iaitu :
# Agamanya
# Keturunannya
# Hartanya
# Kecantikannya

Ramai yang menganggap hanya kecantikan paras rupa itu jaminan seseorang itu untuk hidup bahagia kan? Tidak sama sekali ye. :)
Tapi yang sebenarnya agama lah jaminan yang kekal selamanya. Betul tak?
Jangan kita lupa secantik-cantik ciptaan yang sempurna hanya Dia Yang Maha Berkuasa.
Cantik hatinya, maka cantiklah dirinya. (dah macam strawberi dalam pinggan tue..haha..)




At last but not least, 
" Beauty Make Your High Confident About Yourself " (biasa lah orang pompuan, memang macam tue..tak sah kalau cakap tak cantik..pantang kot..haha..)
Sayangilah hidup kita, hargailah sebaiknya, syukurilah apa yang kita ada, dan hiasilah kecantikan dengan senyuman. 
Bak kata Doktor Muhaya, "Sentiasalah refleksi diri, berfikiran positif kerana apa yang kita fikirkan maka itulah yang akan kita lakukan dalam hidup kita, sentiasalah memaafkan diri sendiri dan orang lain maka hidup kita akan ceria dan bahagia." Disitu lah terletak cantik yang kita cari..wallahua'lam.. :)



P/S : Hari nie post semua tentang 'cantik' then 'sweet' bagai..hahaha..sebab memang aku suka bentuk-bentuk LOVE..merah, pink, peach oren lebih kurang sama lah tu kan..semua cute..comel..geram I dibuatnya..hehe..okeyy lah setakat nie je dulu, jam pun dah pukul 4.13 pagi..mata nie tak mengantuk pun..terus jelah aku bersahur..sebab nak puasa.. Alhamdulillah..okeyy bye-bye semuaaaa..nanti kita ber'belogging lagi yaaaa~ wohaaa HATI BERBUNGA-BUNGA...




2 comments:

Unknown said...

nyom nyom.. sedap nya pict2 tu. hihih

Unknown said...

sedap kn awa.. mkn-mkn.. hahaha..

Post a Comment