Tuesday, 3 December 2013

Kenangan Tidak Akan Terkubur Dek Ditelan Zaman :)


M E M O R Y ?? atau K E N A N G A N ??

No one could never had a memory. Maybe a good one or bad one. Thats 'memory'. :)
Oppsss. English. No. Untuk blog nie totally in Malay. (,")

Biarpun umur semakin hari semakin meningkat ibarat gunung di lereng-lereng bukit.
Tapi itu membuktikan kekuasaan Ilahi dengan adanya gunung sebagai pasak Bumi.
Begitu juga dengan umur kita. Ia menjadi garis pengukur dalam hidup kita.
Bagaimana? Siapa? Diri kita yang sebenar. Kita sendiri yang menilainya kan?

Hidup itu indah kalau kita melihat dengan cara mudah tetapi hidup itu menjadi hitam kalau kita melihat secara kelam. Mendalam kan? Haha.

Yang paling penting dalam hidup kita adalah berilah sedikit kepercayaan kepada diri kita sendiri bahawa kita memang sentiasa mampu membangkitkan tenaga mental di minda kita.
Sentiasalah berfikiran terbuka dan positif, mudah-mudahan mendapat tapak yang kukuh.

Hindarkan diri daripada sikap-sikap yang boleh menjatuhkan diri kita.
Sekiranya kita mempunyai sikap yang oprtimis, hati yang kental, imaginasi yang cemerlang, dan tenaga mental yang kental teruskan.
Teruskan lah hidup dengan penuh senyuman.
Lahirkan kasih sayang yang ada didalam jiwa dan semailah ia dengan orang-orang yang kita sayang.
Apa gunanya hamba? Kalau tidak saling mengambil berat sesama makhluk. Betul tak? :)

Oleh itu teman-teman yang disayangi,
Usah terlalu mengikut kehendak hati tetapi berhati-hatilah sewaktu berbicara dengan hati sebab disitulah duduknya makhluk bernama syaitan.

Akhir kalam, hiasi diri dengan akhlak peribadi yang suci agar kelak di sanubari menjadi pendamai dihati. Sekian. Bye semua. Nanti cik rina tulis lagi ye. Assalamualaikum :)


Wednesday, 27 November 2013

Bila Hati Berbicara.. Kembali Senyum.. Hehehe.. :D

Hello blog!! Assalamualaikum.. :)
Hanya kata-kata syukur yang boleh diungkapkan..
Segala-galanya diatur olehNYA.. alhamdulillah Ya Allah..
Baik buruk..cepat atau lambat..sabarlah duhai hati kecilku.. 
Allah sebaik-baik Perancang Yang Bijaksana.. (",)

Andai dulu aku boleh merancang sebaiknya..
Tapi Allah lebih mengerti dan mahukan yang lebih baik untukku..
Segala kekurangan dan kelebihan itu lebih baik digunakan seeloknya..
Hanya Dia, Dia, dan Dia yang mengerti..
Berbaik sangkalah kepada Allah..senyum seikhlasnya..
:)



Berkatalah yang baik..nescaya yang datang juga pasti baik-baik.. :)




NO CAPTION OF 'CANNOT'..yes!!





Wednesday, 20 November 2013

Encik Mimpi - Rindukanlah ;)

Thank You Dear, For Sing A Song.. Pencuri - Mark Adam :)

Sunday, 7 July 2013

Democracy Is Dead



Assalamualaikum. Sihat?? Harap sihat ya. :)
Inilah dia isu terkini dan membimbangkan seluruh umat Islam.
Apa pandangan dan sikap prihatin seluruh Pemimpin Islam Di Dunia??? Pemimpin Malaysia???
Satu perkara yang amat dinantikan seluruh rakyat Malaysia, apabila Pemimpin Malaysia menjadi seperti beliau ( Doktor Mohamed Morsi )
Tak mampu nak berkata apa, biarlah gambar yang menceritakan segalanya. Dan kita hanya mampu  berdoa pada Yang Satu, ALLAH SWT.






WE ARE ALL WITH YOU DR MOHAMED MORSI !!!




INI LAH YANG KITA INGINKAN DARI SELURUH PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM !!!



Inilah dia pemimpin Islam yang kita mahukan dan impikan. Kebaikan hanya untuk kemuliaan dan kesejahteraan rakyat. Keperibadian beliau dikagumi dan disanjung tinggi. Dan kini tidak lagi. :(



Andai aku diberi peluang olehNYA, aku mahu dan tekad juga seperti MEREKA... 
DEMI ISLAM... DEMI MARUAH NEGARA...





P/S : ISLAM UNTUK SEMUA BUKAN HANYA UNTUK MEREKA ( SYIRIA ) ( MESIR ). Dan Aku Sangat Sensitif Tentang Isu Mesir. Terlalu Sensitif. Hanya ALLAH Sebaik-Baik Perancang Atas Muka Bumi Nie. Inshaa ALLAH Semua Akan Selamat.  :)

Monday, 24 June 2013

Cantik Itu Subjektif


Assalamualaikum.

Cantik? Cantik tu macam mana ye?
Cantik itu bersifat subjektif dan sering berubah-ubah.
Boleh ditafsirkan dengan banyak perkara atau benda.
Dari segi percakapan yang baik dan sopan pun boleh dianggap cantik.
Baik budi pekerti, manis tutur kata, dan indahnya akhlak dan sahsiah.

Kecantikan wanita yang solehah (isteri) terletak pada 4 perkara iaitu :
# Agamanya
# Keturunannya
# Hartanya
# Kecantikannya

Ramai yang menganggap hanya kecantikan paras rupa itu jaminan seseorang itu untuk hidup bahagia kan? Tidak sama sekali ye. :)
Tapi yang sebenarnya agama lah jaminan yang kekal selamanya. Betul tak?
Jangan kita lupa secantik-cantik ciptaan yang sempurna hanya Dia Yang Maha Berkuasa.
Cantik hatinya, maka cantiklah dirinya. (dah macam strawberi dalam pinggan tue..haha..)




At last but not least, 
" Beauty Make Your High Confident About Yourself " (biasa lah orang pompuan, memang macam tue..tak sah kalau cakap tak cantik..pantang kot..haha..)
Sayangilah hidup kita, hargailah sebaiknya, syukurilah apa yang kita ada, dan hiasilah kecantikan dengan senyuman. 
Bak kata Doktor Muhaya, "Sentiasalah refleksi diri, berfikiran positif kerana apa yang kita fikirkan maka itulah yang akan kita lakukan dalam hidup kita, sentiasalah memaafkan diri sendiri dan orang lain maka hidup kita akan ceria dan bahagia." Disitu lah terletak cantik yang kita cari..wallahua'lam.. :)



P/S : Hari nie post semua tentang 'cantik' then 'sweet' bagai..hahaha..sebab memang aku suka bentuk-bentuk LOVE..merah, pink, peach oren lebih kurang sama lah tu kan..semua cute..comel..geram I dibuatnya..hehe..okeyy lah setakat nie je dulu, jam pun dah pukul 4.13 pagi..mata nie tak mengantuk pun..terus jelah aku bersahur..sebab nak puasa.. Alhamdulillah..okeyy bye-bye semuaaaa..nanti kita ber'belogging lagi yaaaa~ wohaaa HATI BERBUNGA-BUNGA...




Friday, 21 June 2013

Aku Insan Biasa


Assalamualaikum.

Aku..


Insan.. 


Biasa.. 


Dalam hidup kita, kita bergantung pada takdir, qada dan qadar.
Dalam hidup kita, tidak semua benda yang kita minta akan dapat.

Semua perkara mengikut aturan dan ketentuan dariNya.
Semua perkara tidak akan berlaku mengikut kehendak kita.

Hidup bersyukur adalah kehidupan yang disukai oleh ALLAH.
Hidup dengan penuh keikhlasan menjadikan kita insan yang tinggi darjatnya disisi ALLAH.

Aku insan biasa yang selalu buat silap dan dosa, dan inginkan panduan hidup dariNya.
Aku insan biasa yang hanya berharap segala doa-doaku dimakbulkan olehNya.

Dan satu permintaanku Ya ALLAH..ampunilah segala dosa-dosaku..redhailah kehidupanku.
Dan aku berjanji, ibadahku, diriku, hidupku matiku hanya keranaMu Ya ALLAH.

Aku. Insan. Biasa ~
'StrawberryCinta' rasa macam bagi nukilan atau sajak jer.. hihihi.. ^_^



Allah Knows Whats Best For Us~