Tuesday 3 December 2013

Kenangan Tidak Akan Terkubur Dek Ditelan Zaman :)


M E M O R Y ?? atau K E N A N G A N ??

No one could never had a memory. Maybe a good one or bad one. Thats 'memory'. :)
Oppsss. English. No. Untuk blog nie totally in Malay. (,")

Biarpun umur semakin hari semakin meningkat ibarat gunung di lereng-lereng bukit.
Tapi itu membuktikan kekuasaan Ilahi dengan adanya gunung sebagai pasak Bumi.
Begitu juga dengan umur kita. Ia menjadi garis pengukur dalam hidup kita.
Bagaimana? Siapa? Diri kita yang sebenar. Kita sendiri yang menilainya kan?

Hidup itu indah kalau kita melihat dengan cara mudah tetapi hidup itu menjadi hitam kalau kita melihat secara kelam. Mendalam kan? Haha.

Yang paling penting dalam hidup kita adalah berilah sedikit kepercayaan kepada diri kita sendiri bahawa kita memang sentiasa mampu membangkitkan tenaga mental di minda kita.
Sentiasalah berfikiran terbuka dan positif, mudah-mudahan mendapat tapak yang kukuh.

Hindarkan diri daripada sikap-sikap yang boleh menjatuhkan diri kita.
Sekiranya kita mempunyai sikap yang oprtimis, hati yang kental, imaginasi yang cemerlang, dan tenaga mental yang kental teruskan.
Teruskan lah hidup dengan penuh senyuman.
Lahirkan kasih sayang yang ada didalam jiwa dan semailah ia dengan orang-orang yang kita sayang.
Apa gunanya hamba? Kalau tidak saling mengambil berat sesama makhluk. Betul tak? :)

Oleh itu teman-teman yang disayangi,
Usah terlalu mengikut kehendak hati tetapi berhati-hatilah sewaktu berbicara dengan hati sebab disitulah duduknya makhluk bernama syaitan.

Akhir kalam, hiasi diri dengan akhlak peribadi yang suci agar kelak di sanubari menjadi pendamai dihati. Sekian. Bye semua. Nanti cik rina tulis lagi ye. Assalamualaikum :)


0 comments:

Post a Comment