Thursday 20 February 2014

Congratulations!!


Tahniah buddies!! Yang berjaya menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda :) :)




Andai peluang utk aku sambung belajar di negara sendiri tiada, MUNGKIN semakin jauhlah jarak pertemuan kita. Permohonan antara berjaya atau gagal. Hakikatnya kita merancang hanya ALLAH yang berhak menentukan. Cita-citaku tinggi menggunung. Bukan sekadar kata-kata. Tapi ia bergantung juga pada rezeki masing-masing. Adakalanya, kita inginkan sangat, tapi ALLAH belum lagi mengizinkannya. Tapi, yakinlah dengan adanya usaha dan kesungguhan, pasti kita mampu utk mencapainya. Sama-samalah doakan kejayaan bersama. Jadikan diri kita kondisi yang konsisten dengan 'good vibes'. ^_^

In Sha Allah. Allahumma Amiin. :D

Dan sekarang target utamaku ke Urdun, Amman. Sangat jauh. Tempat orang. Tempat dimana ramai ulama-ulama yang lahir. Aku berazam ke sana. Semoga apa yang aku tulis dan luahkan, dimakbulkan. Doakan sekali ye kawan-kawan. Selepas aku serik dan penat menangis tahun lepas 2013, aku akui yang aku amat lemah. Sangat tertekan dengan keputusan yang mendukacitakan. Dan sekarang ini, pilihanku hanya dua. Di Malaysia ataupun Jordan. Ya ALLAH Ya Tuhanku perkenankanlah permintaan hambamu ini. Jauhkanlah aku bersedih lagi. Jauhkanlah aku merana dihati ini. Semoga 2014 ini aku bangkit kembali dengan sinar baru.

Congratulation once again my friends!! I love u all!! :) 
Thats all from me. *Cik Reena Rahim*


Welcome to 22 y/o. Magic is on your heart.





0 comments:

Post a Comment